Sosialisasi
Sekarang, saya ingin membincangkan dengan
awak semua mengenai satu tajuk iaitu proses sosialisasi. Apakah maksud
sosialisasi?....Maksud sosialisasi mengikut kamus dewan edisi keempat ialah
proses mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang dapat
diterima dalam masyarakat. Menurut Hassan Mustafa pula, sosialisasi adalah satu
konsep umum yang boleh diertikan sebagai sebuah proses di mana kita belajar
melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara berfikir, merasakan, dan
bertindak, di mana kesemuanya merupakan hal-hal yang sangat penting dalam
menghasilkan partisipasi sosial yang efektif. Sosialisasi merupakan proses yang
berterusan dalam hidup kita.
Proses sosiologi terbahagi kepada dua iaitu
secara langsung dan tidak langsung. Contoh proses secara langsung adalah dengan
bertatatp muka dalam pergaulan seharian
manakal proses secara tidak langsung adalah dengan melalui telefon, surat atau
media massa. Namun, sosialisasi dapat pula terjadi secara paksa, kejam, dan
kasar karena adanya kepentingan tertentu. Misalnya, segolongan atau sekelompok
tertentu memaksakan kehendaknya terhadap individu lain.
Seterusnya, saya akan membincangkan
mengenai agen-agen sosialisasi atau suatu perantara yang menjadikan proses
sosialisasi itu terjadi. Yang pertama adalah institusi keluarga. Keluarga
merupakan tempat pertama dan utama seorang anak belajar hidup sosial. Di dalam
keluarga, seorang anak mula mengenal ayah, ibu, kakak dan orang-orang yang
berdekatan dengan mereka. Institusi kekeluargaan ini meletakkan kanak-kanak di
dalam masyarakat dalam bentuk kaum, agama, dan status masing-masing. Yang kedua
pula ialah institusi sekolah. Sekolah akan meluaskan dunia sosial kanak-kanak
dengan melibatkan orang yang berlainan latar belakang. Sekolah juga mengajar
kanak-kanak banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran. Yang ketiga ialah rakan sebaya. Kanak-kanak
akan menjumpai rakan sebaya apabila mereka mendaftarkan diri di sekolah. Rakan
sebaya dapat memberi peluang kepada kanak-kanak terlepas daripada pemantauan
orang dewasa. Kanak-kanak mendapat pengalaman yang berguna dalam hubungan
sosial dan mengukuhkan identiti diri masing-masing.
Yang keempat ialah media massa. Pengaruh
media massa semakin berleluasa dengan adanya teknologi komunikasi yang
membolehka maklumat disampaikan dalam skala yang besar. Semakin mereka
membesar, mereka lebih banyak menghabiskan masa di hadapan televisyan dan di
sekolah. Yang kelima pula ialah, institusi keagamaan. Agama mempengaruhi
pegangan dan tindakan individu itu sendiri. Agama akan sentiasa menerapkan
nilai-nilai murni.
Sekian terima kasih……MOGA BERMANFAAT J
Comments
Post a Comment