Kepimpinan dan Organisasi

Seorang guru merupakan seorang pemimpin di dalam kelas dan mereka juga terlibat dalam organisasi bersama guru-guru yang lain. Pemahaman tentang gaya kepimpinan amat penting bagi menilai semula diri sendiri dan organisasi termasuk di dalam jenis kepimpinan.

Menurut Kamus Dewan, kepimpinan ialah keupayaan memimpin merangkumi kebolehan, pencapaian, kejayaan peimpin dan sebagainya. Manakala menurut Amir Hassan Dawi pula, kepimpinan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin.

Terdapat 7 gaya kepimpinan yang ada iaitu authokratik, demokratik, laissez-faire, kontegensi, asertif, responsif dan kontigensi. Authokratik merupakan bentuk hubungan sehala antara pemimpin dan yang dipimpin. Selalunya oemimpin memberikan arahan kepada orang bawahan dan ia perlu dipatuhi tanpa ada sebarang bantahan dan persoalan daripada pihak bawahan. Kepimpinan ini dikawal dengan ketat dan biasanya ketua kurang percaya kepada orang lain.

Manakala demokratik pula lebih liberal atau terbuka. Pemimpin menerima pendapat orang bawahannya dengan hati terbuka. Selalunya keputusan dicapai bersama dan sepakat antara pemimpin dan orang bawahan. Sekiranya cadangan ditolak sekalipun, pemimpin akan menolaknya dengan cara baik tanpa mengguris hati sesiapa. Kepimpinan ini menggalakkan percambahan antara orang bawahan serta tidak melahirkan hanya pak turut sahaja.

Seterusnya adalah kepimpinan bercorak laissez-faire iaitu pemimpin memberi kebebasan sepenuhnya kepada orang bawahan untuk menentukan hala tuju organisasi. Ia kurang unsur-unsur pengawalan dalam sistem pemerintahannya. Tambahan lagi, pemimpin akan kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti sebaliknya hanya perperanan sebagai pemerhati sahaja.

Seterusnya adalah kontigensi iaitu corak kepimpinan mengikut keperluan semasa dan keadaan bagi organisasi tersebut. Ia tiada cara yang khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin. Pemimpin itu mengutamakan penganalisisan terhadap kepentingan dan keperluan mengikut keadaan.

Corak kepimpinan yang seterusnya adalah asertif iaitu sikap pemimpin yang bersungguh-sungguh dan tegas. Beliau juga bersikap terbuka dengan pendapat orang bawahannya. Sebagai tambahan, beliau akan sedaya upaya mengeluarkan pendapat supaya diterima oleh orang lain serta meyakinkan orang dengan kekuatan kebolehan diri.

Ciri yang seterusnya adalah responsif iaitu pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum bertindak. Beliau tidak memulakan sesuatu tetapi memberi reaksi ke atas sesuatu. Selalunya pemimpin yang sebegini terhindar daripada konflik dan dapat diterima ramai iaitu orang-orang bawahannya.

Ciri yang terakhir ialah kepimpinan bercorak agresif di mana pemimpin itu percaya kepada diri sendiri dan yakin. Beliau juga berani dan mementingkan kuasa di tangannya. Sekiranya boleh, apa saja keputusan berada di tangannya kerana beliau inginkan kejayaan. Selalunya kepimpinan jenis ini akan berlaku konflik dan wujud ketegangan di antara pemimpin dan anak buah.

Terdapat pelbagai corak kepimpinan dan seorang pemimpin itu boleh mempunyai lebih daripada satu gaya kepimpinan. Pengetahuan tentang jenis kepimpinan ini sangat penting bagi mereflek kembali gaya kepimpinan serta memadankan sikap-sikap dalam gaya kepimpinan mengikut situasi.

Comments

Popular posts from this blog

Interaksi dalam Pembelajaran

Kepimpinan Peringkat Sekolah