Interaksi dalam Pembelajaran
Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
Harini saya ingin membincangkan mengenai
interaksi dalam pembelajaran. Maksud interaksi adalah Satu proses saling bertindak yang berlaku di
antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia
merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.
Jenis-jenis
interaksi adalah interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi
dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan
murid dan murid dengan murid dan interaksi berkomputer.
Interaksi
sehala atau interaksi trasional terjadi apabila guru yang mengawal segala
aktiviti PdPc yang berlaku di dalam kelas. Ciri-ciri interaksi ini adalah corak
interaksi bilik darjah ditentukan oleh
guru kelas, tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid dan murid
tidak terlibat dalam PdPc secara aktif.
Seterusya
ialah interaksi dua hala antara guru dan murid pula apabila guru menggunakan
pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif. Interaksi
yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala.
Ciri-ciri interaksi ini adalah aktiviti bercorak aktif, perhubungan guru dan pelajar menjadi semakin rapat dan menggalakkan
pelajar untuk melibatkan diri dalam proses PdPc dengan menyoal dan meminta
pendapat.
Di samping
itu, interaksi dua hala antara murid
dengan murid digunakan semasa pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah
bermain, dan lakonan. Ciri-ciri interaksi ini pula adalah aktiviti pembelajaran
aktif dan dinamik, perhubungan antara murid dengan murid dapat dieratkan, interaksi
antara guru dan murid dihadkan mengikut arahan guru sahaja dan pembelajaran
koperatif dan koloboratif menjadi tumpuan guru.
Guru
menggunakan kaedah interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid
dengan murid apabila pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan
kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah. Ciri-ciri
interaksi adalah komunikasi berkesan berlaku, penyertaan aktif murid dalam PdPc
dan suasana yang kondusif untuk mengendalikan PdPc.
Sekian,
terima kasih…..MOGA BERMANFAATJ
Comments
Post a Comment