Pengenalan Kursus

Pada semester  ini, kami mendaftar subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran Kumpulan S di bawah kelolaan Prof. Madya Dr Mohd Uzi bin Dollah daripada Fakulti Sains & Matematik.

Secara umumnya, subjek ini membincangkan tentang tugas guru di sekolah sebagai pemudahcara dalam konteks pelbagai persekitaran pembelajaran. Kami diperkenalkan dengan pelbagai aspek pengurusan pembelajaran termasuk organisasi, kepimpinan, tingkah laku, sumber, teknologi, budaya dan kebudayaan. Ianya mendedahkan dengan pelajar kepada pengalaman sebenar di sekolah.

Dr Uzi juga menekankan tentang fungsi sebenar kami di sekolah yang mana lebih sekadar menjadi guru subjek di sekolah. Beliau mengingatkan supaya menjadi guru yang mendidik dan meninspirasikan serta memberi kesedaran kepada pelajar ketika mengajar. Hasilnya, guru bukan sahaja memberi pengetahuan tetapi menjadikan murid itu minat dan mempunyai kemahuan untuk mencari pengetahuan itu sendiri.

Bagi hasil pembelajaran bagi kursus ini ialah:

1. Membincangkan faktor-faktor pengurusan pembelajaran yang berkesan.
2. Membentang prinsip dan amalan pengurusan yang bersesuaian dalam mengurus pembelajaran.
3. Menjustifikasi pengurusan pembelajaran yang dilaksanakan.
4. Mengumpulkan informasi pengurusan pembelajaran dari pelbagai sumber.

Untuk pembahagian tajuk dan silibus pada setiap minggu pula, berikut merupakan susunan silibus mengikut minggu.

M1 : Sosiologi dan Pembelajaran.
Teori-teori dalam sosiologi pendidikan.
Latar belakang pengasas teori pendidikan.
Asas-asas sosiologi pendidikan dalam pengurusan dan pembelajaran bilik darjah.

M2 : Interaksi dan Pembelajaran
Interaksi dalam pembelajaran, interaksi dalam pengurusan pembelajaran, bentuk-bentuk interaksi pembelajaran dan konsep-konsep sosiologi pembelajaran.

M3 : Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar
Pengurusan pembelajaran dan perspektif multidisiplin pengurusan pembelajaran dan kajian-kajian pengurusan pembelajaran pelajar

M4 : Kepimpinan dan Organisasi.
Gaya Kepimpinan.
Organisasi sekolah.
Kepimpinan peringkat sekolah.
Kepimpinan guru.

M5 : Pengurusan Murid.
Mengurus rekod murid.
Kesediaan murid belajar.
Memotivasikan murid.

M6 : Pengurusan bilik darjah.
Ilmu mengurus bilik darjah.
Kemahiran mengurus bilik darjah.
Strategi mengurus bilik darjah

M7 : Pengurusan Sumber. 
Konsep pembelajaran berasaskan sumber.
Peranan dan fungsi sumber pembelajaran.
Kemahiran akses sumber pembelajaran

M8 : Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran (bilik darjah/makmal/studio/dll).
Unsur fizikal bilik darjah.
Interaksi dalam bilik darjah.
Mengurus iklim pembelajaran positif.

M9 : Pengurusan tingkah laku.
Peraturan dan disiplin murid.
Pengurusan devian dan salah laku.
Pekeliling dan peraturan

M10 : Pengurusan Penasihatan Murid.
Bimbingan.
Penasihatan.
Mentoring. 
Proses bimbingan dan penasihatan.

M11 : Pengurusan Pelbagai Budaya.
Kepelbagaian budaya murid.
Pengurusan merentas budaya.
Isu kepelbagaian budaya murid.

M12 : Pengurusan Pelbagai Upaya.
Pemulihan.
Pengayaan.
Pelbagai kecerdasan.
Berkeperluan khas.

M13 : Sekolah dan Persekitaran.
Hubungan sekolah dengan masyarakat.
Guru dan ibu bapa.
Isu-isu pendidikan semasa
Pendidikan dan globallisasi

M14 : Pengurusan Alam Pembelajaran.
Persediaan ke alam persekolahan.
Kajian di sekolah. 
Aksi guru di sekolah.
Refleksi.


Comments

Popular posts from this blog

Interaksi dalam Pembelajaran

Kepimpinan Peringkat Sekolah

Kepimpinan dan Organisasi