Berkenalan dengan pemlik blog
Seperti kita mengenali penulis sebelum membaca bukunya, begitu juga dengan blog. Tak lengkap rasanya hanya membaca penulisannya tanpa mengenali penulisnya. Ok here we go.
Saya Nurul Fatin Husna binti Mohd Ashab nama diberi oleh ibu dan ayah. Berumur genap 22 tahun pada tahun ini. Sedang menuntut ilmu milik Allah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada waktu blog ini dibuat, saya berada dalam semester 2.
Buat pengetahuan semua, pada semester ini saya dikehendaki mengambil subjek Pengurusan Pembelajaran dan diminta untuk membuat sebuah blog dan memasukkan segala nota-nota yang saya perolehi sepanjang kelas bersama pensyarah yang mengajar saya iaitu Dr. Uzi. Namun demikian, nota tersebut perlu diolah dalam ayat sendiri.
Harapan saya blog ini menjadi platform untuk saya mengulangkaji subjek ini dan menyampaikan kepada rakan-rakan.
Akhirul kalam, saya ingin memetik pesanan Dr Uzi yang menjadi pegangan saya sehingga ke waktu ini iaitu "Jadilah guru yang bukan saja mengajar, tetapi guru yang mendidik dan memberi inspirasi kepada para pelajar".
Comments
Post a Comment