Ada apa dengan pengurusan pembelajaran?

Subjek ini pada umumnya akan membincangkan tentang pengurusan guru di sekolah dari sudut organisasi, bilik darjah, alat bantu mengajar dan sebagainya. Kami didedahkan dengan pelbagai ilmu teori dan terdapat forum online yang perlu kami jawab bagi mengukur tahap kefahaman kami.

Bila kita sebut tentang pengurusan pembelajaran, sebenarnya ia berkait dengan Pengajian Pendidikan yang meliputi sosiologi pendidikan, psikologi pendidikan, falsafah pendidikan, pedagogi, penilaian dalam pendidikan dan juga teknologi pendidikan.


Pengurusan Pembelajaran


Sosiologi pendidikan merupakan gabungan perkataan sosiologi dan pendidikan di mana ia saling berkaitan antara satu sama lain kerana dalam sistem pendidikan, ia melibatkan masyarakat yang pelbagai latar belakang seperti guru besar, guru subjek, ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Tidak dinafikan watak-watak sampingan seperti pekerja kantin, tukang kebun dan pembersih kawasan sekolah adalah memainkan peranan dalam sistem pendidikan.

Di dalam sosiologi pendidikan, terdapat 3 teori utama iaitu teori fungsionalisme, konflik dan interaksionalisme.

Teori fungsionalisme ialah setiap manusia berperanan sepertimana yang diperlukan untuk bertahan mengikut tempat dan keadaan. Ini membawa maksud struktur sosial yang akan menentukan kelancaran dan keharmonian mengikut peranan masing-masing dalam organisasi itu. Sebagai contohnya, di dalam sebuah sekolah pasti terdapat seorang guru disiplin dan juga guru kaunseling. Kedua-dua mereka ini mempunyai peranan yang berbeza di sekolah namun matlamat utama adalah sama iaitu membentuk disiplin murid dan menyokong murid dari segi emosi, sosial dan sebagainya. Sekiranya kedua-dua guru ini bekerjasama, bukan sahaja kebejatan sosial dapat dikurangkan malah boleh membantu meningkatkan lagi sokongan sosial terhadap mereka.

Seterusnya adalah teori konflik di mana suatu konflik berlaku dalam sesuatu masyarakat dan menimbulkan persoalan seperti peranan struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kebaikan kepada manusia atau sebaliknya. Pada mata kasar kita akan melihat seperti konflik ini buruk dan tidak bai, tetapi sebenarnya ia diperlukan dalam sesetengah keadaan. Misalnya adalah peranan guru yang tegas dan garang. Mereka diperlukan bagi suatu keadaan di mana mungkin para pelajar terlalu bising. Oleh yang demikian, kelas dapat dikawal dan pembelajaran berlaku dengan lancar serta tidak menzalimi pelajar yang ingin belajar.

Teori terakhir bagi topik ini ialah interaksionalisme simbolik. Teori ini membincangkan bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak mengikut kemahuan masing-masing serta mengkaji makna dan simbolik yang tersirat secara objektif. Tamsilan bagi teori ini adalah mengadakan satu sudut bagi sesuatu bidang seperti matematik ataupun sudut untuk pengucapan awam. Ini bermakna tempat itu menjadi tempat atau simbol kepada interaksi antara para pelajar dan juga guru. Selain itu, poster jugab oleh menjadi contoh kepada teori ini di mana orang yang melihat poster tersebut faham akan maklumat yang diberikan kemudian bertindak mengikut arahan atau maklumat yang diberikan melalui poster tersebut.

Sekian saja perkongsian ilmu daripada saya untuk kuliah pertama ini. Terima kasih atas perhatian semua.

Comments

Popular posts from this blog

Interaksi dalam Pembelajaran

Kepimpinan Peringkat Sekolah

Kepimpinan dan Organisasi