Posts

Showing posts from October, 2018

Ada apa dengan pengurusan pembelajaran?

Image
Subjek ini pada umumnya akan membincangkan tentang pengurusan guru di sekolah dari sudut organisasi, bilik darjah, alat bantu mengajar dan sebagainya. Kami didedahkan dengan pelbagai ilmu teori dan terdapat forum online yang perlu kami jawab bagi mengukur tahap kefahaman kami. Bila kita sebut tentang pengurusan pembelajaran, sebenarnya ia berkait dengan Pengajian Pendidikan yang meliputi sosiologi pendidikan, psikologi pendidikan, falsafah pendidikan, pedagogi, penilaian dalam pendidikan dan juga teknologi pendidikan. Pengurusan Pembelajaran Sosiologi pendidikan merupakan gabungan perkataan sosiologi dan pendidikan di mana ia saling berkaitan antara satu sama lain kerana dalam sistem pendidikan, ia melibatkan masyarakat yang pelbagai latar belakang seperti guru besar, guru subjek, ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Tidak dinafikan watak-watak sampingan seperti pekerja kantin, tukang kebun dan pembersih kawasan sekolah adalah memainkan peranan dalam sistem pendidikan. ...

Berkenalan dengan pemlik blog

Image
Seperti kita mengenali penulis sebelum membaca bukunya, begitu juga dengan blog. Tak lengkap rasanya hanya membaca penulisannya tanpa mengenali penulisnya. Ok here we go. Saya Nurul Fatin Husna binti Mohd Ashab nama diberi oleh ibu dan ayah. Berumur genap 22 tahun pada tahun ini. Sedang menuntut ilmu milik Allah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada waktu blog ini dibuat, saya berada dalam semester 2. Buat pengetahuan semua, pada semester ini saya dikehendaki mengambil subjek Pengurusan Pembelajaran dan diminta untuk membuat sebuah blog dan memasukkan segala nota-nota yang saya perolehi sepanjang kelas bersama pensyarah yang mengajar saya iaitu Dr. Uzi. Namun demikian, nota tersebut perlu diolah dalam ayat sendiri. Harapan saya blog ini menjadi platform untuk saya mengulangkaji subjek ini dan menyampaikan kepada rakan-rakan. Akhirul kalam, saya ingin memetik pesanan Dr Uzi yang menjadi pegangan saya sehingga ke waktu ini iaitu ...

Pengenalan Kursus

Pada semester  ini, kami mendaftar subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran Kumpulan S di bawah kelolaan Prof. Madya Dr Mohd Uzi bin Dollah daripada Fakulti Sains & Matematik. Secara umumnya, subjek ini membincangkan tentang tugas guru di sekolah sebagai pemudahcara dalam konteks pelbagai persekitaran pembelajaran. Kami diperkenalkan dengan pelbagai aspek pengurusan pembelajaran termasuk organisasi, kepimpinan, tingkah laku, sumber, teknologi, budaya dan kebudayaan. Ianya mendedahkan dengan pelajar kepada pengalaman sebenar di sekolah. Dr Uzi juga menekankan tentang fungsi sebenar kami di sekolah yang mana lebih sekadar menjadi guru subjek di sekolah. Beliau mengingatkan supaya menjadi guru yang mendidik dan meninspirasikan serta memberi kesedaran kepada pelajar ketika mengajar. Hasilnya, guru bukan sahaja memberi pengetahuan tetapi menjadikan murid itu minat dan mempunyai kemahuan untuk mencari pengetahuan itu sendiri. Bagi hasil pembelajaran bagi kursus ini ialah: ...