Stratifikasi Sosial
Hari ini, kita akan membincangkan mengenai
stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial merupakan suatu konsep dalam
sosiologi yang melihat bagaimana anggota masyarakat dibezakan berdasarkan
status yang dimilikinya. Stratifikasi berasal dari kata stratum yang berarti
strata atau lapisan dalam bentuk jamak.
Kita akan masuk kepada dasar stratifikassi
sosial. Soerjono Soekanto berpendapat bahawa kriteria yang digunakan untuk
mengadakan lapisan sosial ialah kekayaan, kekuasaan, kehormatan dan ilmu
pengetahuan.
Selain itu, jenis-jenis sistem stratifikasi
sosial ialah salah satunya ialah perhambaan. Hamba ialah manusia yang dirampas
atau dinafikan kebebasannya dan dipaksa untuk bekerja. Yang kedua pula ialah
sistem kasta. Namun, sistem kasta ini sangat ketara di India di mana masyarakat
beragama Hindu dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Yang ketiga pula ialah sistem kelas. Sistem
ini dipelopori oleh masyarakat industry di Amerika dan menular ke seluruh dunia.
Seterusya, kita akan masuk kepada
sifat-sifat stratifikasi sosial. Sifat stratifikassi sosial terbahagi kepada dua
iaitu terbuka dan tertutup. Ciri-ciri stratifikasi sosial tertutup ialah
anggota dari lapisan masyarakat menghdapi kesukaran mengubah statusnya ke tahap
yang lebih tinggi. Seseorang individu akan mewarisi status sosial yang tuanya
sehingga akhir hayat. Contohnya sistem kasta mempunyai ciri stratifikasi
tertutup. Stratifikasi sosial terbuka pula mempunyai ciri-ciri sesuatu lapisan
masyarakat atau individu dengan mudah boleh mengubah statusnya. Contohnya,
kenaikan pangkat dari seorang pegawai biasa kepada pengurus jabatan kerana
kerajinannya.
Sekian, terima kasih….MOGA BERMANFAATJ
Comments
Post a Comment