Posts

Sosialisasi

Sekarang, saya ingin membincangkan dengan awak semua mengenai satu tajuk iaitu proses sosialisasi. Apakah maksud sosialisasi?....Maksud sosialisasi mengikut kamus dewan edisi keempat ialah proses mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang dapat diterima dalam masyarakat. Menurut Hassan Mustafa pula, sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh diertikan sebagai sebuah proses di mana kita belajar melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara berfikir, merasakan, dan bertindak, di mana kesemuanya merupakan hal-hal yang sangat penting dalam menghasilkan partisipasi sosial yang efektif. Sosialisasi merupakan proses yang berterusan dalam hidup kita. Proses sosiologi terbahagi kepada dua iaitu secara langsung dan tidak langsung. Contoh proses secara langsung adalah dengan   bertatatp muka dalam pergaulan seharian manakal proses secara tidak langsung adalah dengan melalui telefon, surat atau media massa. Namun, sosialisasi dapat pula terjadi secara paksa, kejam

Stratifikasi Sosial

Hari ini, kita akan membincangkan mengenai stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial merupakan suatu konsep dalam sosiologi yang melihat bagaimana anggota masyarakat dibezakan berdasarkan status yang dimilikinya. Stratifikasi berasal dari kata stratum yang berarti strata atau lapisan dalam bentuk jamak. Kita akan masuk kepada dasar stratifikassi sosial. Soerjono Soekanto berpendapat bahawa kriteria yang digunakan untuk mengadakan lapisan sosial ialah kekayaan, kekuasaan, kehormatan dan ilmu pengetahuan. Selain itu, jenis-jenis sistem stratifikasi sosial ialah salah satunya ialah perhambaan. Hamba ialah manusia yang dirampas atau dinafikan kebebasannya dan dipaksa untuk bekerja. Yang kedua pula ialah sistem kasta. Namun, sistem kasta ini sangat ketara di India di mana masyarakat beragama Hindu dibahagikan kepada beberapa kumpulan.   Yang ketiga pula ialah sistem kelas. Sistem ini dipelopori oleh masyarakat industry di Amerika dan menular ke seluruh dunia. Seterusya, kita ak

Interaksi dalam Pembelajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera….. Harini saya ingin membincangkan mengenai interaksi dalam pembelajaran. Maksud interaksi adalah Satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Jenis-jenis interaksi adalah interaksi sehala atau tradisional,   interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan interaksi berkomputer. Interaksi sehala atau interaksi trasional terjadi apabila guru yang mengawal segala aktiviti PdPc yang berlaku di dalam kelas. Ciri-ciri interaksi ini adalah corak interaksi bilik darjah ditentukan    oleh guru kelas, tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid dan murid tidak terlibat dalam PdPc secara aktif. Seterusya ialah interaksi dua hala antara guru dan murid pula apabila guru menggunakan pendekata

Kepimpinan Peringkat Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera guru-guru berintegriti sekalian. Apa khabar semua? Pada entri kali ini, saya ingin berkongsikan kepada anda semua tentang struktur organisasi di peringkat sekolah dan skop tugasannya. Bermula dengan pengetua, tugasnya adalah merancang dan menyelia pengurusan kurikulum di semua tahap di sekolah iaitu Tingkatan 1 hingga 5. Beliau juga berperanan membimbing warga sekolah dalam mencapai matlamat dan objektif sekolah selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya adalah mengagih dan menyelia tugas warga sekolah seperti seorang pemantau. Di samping itu, beliau menilai prestasi kakitangan akademik dan bukan akademik. Tambahan lagi, beliau juga mempengerusikan jawatankuasa sekolah, menyelia persekitaran sekolah serta merancang takwim sekolah. Bukan setakat itu saja, beliau mengurus akaun dan kewangan serta menyediakan anggaran belanjawan untuk sekolah. Tuntasnya, pengetua mengendalikan kebanyakan tugas tetapi hanya sebagai pemantau saja. Ki

Kepimpinan dan Organisasi

Seorang guru merupakan seorang pemimpin di dalam kelas dan mereka juga terlibat dalam organisasi bersama guru-guru yang lain. Pemahaman tentang gaya kepimpinan amat penting bagi menilai semula diri sendiri dan organisasi termasuk di dalam jenis kepimpinan. Menurut Kamus Dewan, kepimpinan ialah keupayaan memimpin merangkumi kebolehan, pencapaian, kejayaan peimpin dan sebagainya. Manakala menurut Amir Hassan Dawi pula, kepimpinan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin. Terdapat 7 gaya kepimpinan yang ada iaitu authokratik, demokratik, laissez-faire, kontegensi, asertif, responsif dan kontigensi. Authokratik merupakan bentuk hubungan sehala antara pemimpin dan yang dipimpin. Selalunya oemimpin memberikan arahan kepada orang bawahan dan ia perlu dipatuhi tanpa ada sebarang bantahan dan persoalan daripada pihak bawahan. Kepimpinan ini dikawal dengan ketat dan biasanya ketua kurang percaya kepada orang lain. Manakala demokratik pula lebih liberal atau terbu

Kenapa pengurusan pembelajaran penting?

Mesti kita tertanya-tanya apakah kepentingan pengurusan pembelajaran bagi guru dan murid-murid. Sememangnya pengurusan pembelajaran ini akan meningkatkan mutu amalan kerja guru serta menambahkan produktiviti. Pembelajaran juga menjadi lebih berkesan kepada para pelajar. Paling penting ialah bagi mendapatkan keredhaan Allah. Guru yang profesional mestilah mampu menguasai dan mengurus 7 pengetahuan ini. Pertamanya ialah pelajar. Guru yang profesional mestilah menguasai para pelajarnya dengan berkenalan dan mengetahui latar belakang setiap pelajar. Ini bagi memudahkan guru mengesan sebarang perubahan kepada pelajanya atau permasalahan yang berlaku kepada dirinya. Keduanya ialah pedagogi pembelajaran. Ini sangat penting kerana ia berkaitan dengan cara pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Strategi paling bagus ialah pendekatan yang berpusatkan murid. Ketiga adalah seorang guru haruslah menguasai kurikulum kerana itu adalah perkara penting bagi profesionnya. Jika seorang usahawan

Ada apa dengan pengurusan pembelajaran?

Image
Subjek ini pada umumnya akan membincangkan tentang pengurusan guru di sekolah dari sudut organisasi, bilik darjah, alat bantu mengajar dan sebagainya. Kami didedahkan dengan pelbagai ilmu teori dan terdapat forum online yang perlu kami jawab bagi mengukur tahap kefahaman kami. Bila kita sebut tentang pengurusan pembelajaran, sebenarnya ia berkait dengan Pengajian Pendidikan yang meliputi sosiologi pendidikan, psikologi pendidikan, falsafah pendidikan, pedagogi, penilaian dalam pendidikan dan juga teknologi pendidikan. Pengurusan Pembelajaran Sosiologi pendidikan merupakan gabungan perkataan sosiologi dan pendidikan di mana ia saling berkaitan antara satu sama lain kerana dalam sistem pendidikan, ia melibatkan masyarakat yang pelbagai latar belakang seperti guru besar, guru subjek, ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Tidak dinafikan watak-watak sampingan seperti pekerja kantin, tukang kebun dan pembersih kawasan sekolah adalah memainkan peranan dalam sistem pendidikan.